BELANJAWAN 2025 > BERITA

Walk The Doc 2024 Fokus Tarikan Lama Kuala Lumpur

22/11/2024 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Edisi ketiga Festival Dokumentari Antarabangsa Walk The Doc pada 91 hingga 21 Nov ini mengetengahkan tarikan lama Kuala Lumpur dengan tema ‘Kuala Lumpur Old Charm’.

Pengasas bersama dan pengarah urusan Walkabout Asia Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai subjek utama berbanding Langkawi pada edisi sebelum ini.

“Kuala Lumpur satu tempat yang bagus untuk diterokai, banyak yang boleh diceritakan mengenai aspek-aspek lama bandar raya itu, dari Stadium Merdeka, tempat di mana kami anjurkan festival ini, kepada kekayaan budaya Pasar Seni,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Anugerah Walkabout Asia di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Bernama TV Nor Hamzeela Md Hambali.

Nurashikin berkata festival berkenaan, disokong Think City dan Bernama TV sebagai rakan media, antara lain menganjurkan bengkel dan dialog bagi mewujudkan rangkaian yang kukuh ke arah pengalaman pembelajaran berimpak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan