APMM RAMPAS DADAH TERAPUNG DI PERAIRAN MUKA HEAD

04/06/2024 09:44 PM

GEORGE TOWN, 4 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas dadah bernilai RM120,000 yang diisi dalam empat bungkusan teh Cina dalam keadaan terapung di kedudukan 2.5 batu nautika barat perairan Muka Head, dekat sini awal hari ini.

Pengarahnya Kapten Maritim Razali Kasim berkata bot peronda APMM yang sedang melakukan rutin penguatkuasaan telah menerima maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dadah di perairan berkenaan pada 12.40 tengah malam.

"Sejurus menerima maklumat, bot peronda APMM bergerak ke lokasi aduan dan mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang membuang beberapa bungkusan bersinar ke laut. 

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan terbabit mengandungi hablur kristal disyaki dadah, namun bot yang membuang bungkusan itu telah berjaya melarikan diri dan hilang dari pengesanan radar," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 18,000 penagih dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan