RASUAH: BEKAS PENGURUS BANK DIREMAN LIMA HARI

10/06/2024 10:35 AM

KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Seorang bekas pengurus bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program dianjurkan bank.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan reman berkenaan.

Beliau berkata lelaki itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Kelantan selepas memberi keterangan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi tadi dengan menaiki van SPRM.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan