SUKAN > BERITA

ERVIN, GALVEN SAHKAN PENYERTAAN DI KEJOHANAN GOLF SELANGOR MASTERS 2024

18/06/2024 07:15 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ervin Chang dan Galven Kendall Green antara pemain golf Malaysia yang telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Golf Selangor Masters 2024 yang akan bermula esok hingga 22 Jun ini di  Kelab Golf Seri Selangor (KGSS), Petaling Jaya.

Menurut KGSS dalam kenyataan hari ini, daripada 144 peserta, seramai 59 pemain Malaysia bakal beraksi, merangkumi 40 pemain daripada Jelajah Toyota dan bakinya yang layak menerusi Jelajah Pembangunan Asia (ADT) atau bermain secara jemputan dalam kejohanan-kejohanan berkenaan.

Sementara itu Ervin yang menampilkan prestasi kurang memberangsangkan baru-baru ini dan gagal melayakkan ke Nam A Bank Vietnam Masters minggu lepas, berkata beliau berasa yakin bermain di tempat sendiri di satu daripada padang golf kegemarannya.

"Saya sebenarnya bermain dengan baik minggu lepas di Vietnam, namun sedikit tersasar daripada kelayakan. Saya sedang mencuba beberapa perkara baharu...secara keseluruhannya saya agak yakin dengan permainan saya dan tidak sabar untuk beraksi dalam acara ini," katanya dipetik dalam kenyataan sama.

Antara pemain Malaysia lain yang bakal beraksi dalam kejohanan itu termasuk juara 2022 Shahriffuddin Ariffin, pemenang Jelajah Asia Danny Chia dan Nicholas Fung dan bintang meningkat naik Marcus Lim dan Khavish Varadan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan