TIGA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI TAPAH

12/06/2024 12:08 PM

IPOH, 12 Jun (Bernama) -- Tiga wanita cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 329.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Tapah, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari balai bomba Tapah sampai ke lokasi kejadian kira-kira 15 minit selepas pihaknya menerima panggilan pada 4.21 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori dan Perodua Alza. Tiga wanita yang menaiki Perodua Alza cedera parah manakala tiga lagi hanya cedera ringan.

"Mangsa yang cedera ringan keluar dengan sendiri dari kenderaan itu sementara kesemua mangsa yang parah telah dibawa ke hospital berhampiran," katanya dan menambah operasi tamat sepenuhnya pada 5.08 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan