POLIS MOHON BANTUAN KESAN ALOYSIUS HONG

14/06/2024 11:27 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Aloysius Hong Kwang Ming yang memiliki kad pengenalan bernombor 920108-13-5743 semalam.

Beliau berkata lelaki itu dilaporkan keluar dari rumah yang beralamat di K-5, Tiara Damansara, Jalan 17/1 Petaling Jaya, Selangor, pada 8 pagi dengan alasan untuk pergi mendaki di Bukit Dinding, di sini.

“Hong berseorangan menaiki motosikal jenis Honda berwarna hitam dan biru serta bernombor pendaftaran W5917P.

“Dia mempunyai ketinggian 170 sentimeter, berat 68 kilogram dan berkulit sawa matang. Dia mempunyai rambut pendek yang lurus berwarna perang dan mempunyai kening tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Hong tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Hafizzul Mohd Noor menerusi talian 016-016-2236 804 atau 03-7722 2222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan