MEKANIK TIKAM TUNANG BEKAS ISTERI DIDAKWA ESOK

20/06/2024 09:14 PM

GEORGE TOWN, 20 Jun (Bernama) -- Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir di sini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 33 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang juga pemandu bas berusia 43 tahun cedera di bahagian dada, leher dan belakang selepas ditikam menggunakan pisau lipat oleh suspek ketika hendak menyelamatkan tunangnya daripada dicederakan lelaki itu.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan ke rumah mangsa untuk mengambil anaknya yang tinggal bersama bekas isterinya, bagaimanapun berlaku pertengkaran antara suspek dengan wanita itu apabila dia enggan mengikut suspek.

Suspek kemudiannya cuba menikam bekas isterinya itu dan dihalang mangsa yang menyebabkan tikaman itu terkena pada beberapa bahagian badannya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan