LELAKI TULAR PUKUL ISTERI DIREMAN EMPAT HARI

21/06/2024 03:50 PM

PORT DICKSON, 21 Jun (Bernama) -- Seorang juruteknik yang didakwa memukul isterinya di sebuah hotel di sini sepertimana tular dalam sebuah video di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Media melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam.  

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dilapor berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan