JURUJUAL MENGAKU BERSALAH LAKUKAN ROMPAKAN BERKUMPULAN GUNA LAWI AYAM

24/06/2024 04:53 PM

KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) -- Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas seorang pemuda, April lepas.

Tertuduh Putera Anwar Aidil Mazlan, 24,membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama dua yang masih bebas didakwa merompak secara berkumpulan menggunakan senjata berbahaya iaitu lawi ayam terhadap Muhammad Zhamaqsyary Mohd Zalkiman, 24, dengan mengambil jam tangan G-Shock, dompet, telefon bimbit serta motosikal Honda EX5.

Tertuduh didakwa melalkukan kesalahan itu erdekatan kawasan tanah perkuburan Kampung Pauh Lima, Gunong, Bachok pada jam 10 malam, 8 April lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 397 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak mencadangkan sebarang wang jaminan kepada tertuduh dan mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin serta menetapkan 24 Julai depan untuk fakta dan jatuh hukum.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan