MBSB BANK PULANGKAN BALIK WANG YANG DIKELUARKAN SECARA HARAM DI KOTA KINABALU

24/06/2024 08:32 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- MBSB Bank Bhd telah memulangkan semua wang yang dikeluarkan secara haram daripada akaun pelanggan yang terjejas di Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian itu membabitkan sindiket yang bersekongkol dengan kakitangan tertentu kini ditahan reman oleh polis, kerana melakukan pengeluaran wang secara haram yang disahkan melalui kad pengenalan yang dipalsukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MBSB Bank berkata berikutan semakan dalaman yang komprehensif yang mendorong siasatan awal polis, pihaknya secara aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penyelesaian yang pantas dan menyeluruh bagi kes berkenaan.

“Keutamaan kami ialah memastikan keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan,” kata bank itu.

Ia juga komited untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pelanggannya dan akan terus bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan