EMPAT LELAKI SAMUN KEDAI KEMAS DI SUNGAI PETANI

29/06/2024 07:51 PM

SUNGAI PETANI, 29 Jun (Bernama) -- Sekumpulan empat lelaki melarikan sejumlah barangan kemas dalam kejadian samun kedai emas di premis beli-belah di Bakar Arang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.45 petang.

Beliau berkata dua pekerja wanita yang berada di dalam premis tersebut didatangi tiga suspek bertopeng dan bersarung tangan dengan seorang lagi menunggu di dalam sebuah kereta Perodua MyVi berwarna putih.

“Kesemua suspek melarikan diri dengan sejumlah barang kemas namun anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi IPD Kuala Muda di talian 04-4299222 atau pegawai penyiasat kes ASP Bukhari Idris di talian 017-4794933.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan