PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA ROGOL REMAJA OKU

10/07/2024 04:25 PM

KOTA BHARU, 10 Julai (Bernama) -- Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal (kerdil) di sebuah rumah, Februari lepas.

M Pikri Mohamed, 43, didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun yang juga jirannya di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh masing-masing pada 5 petang, 10 dan 11 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Zulkifli Abllah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan hadir sebulan sekali di balai polis berdekatan dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 12 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili Peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharrudin.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan