TIPU DUIT DERMA: SPRM AKAN MOHON PERINTAH REMAN TERHADAP PASANGAN PEMPENGARUH

10/07/2024 11:05 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma.

Sumber memaklumkan permohonan reman terhadap pasangan yang telah ditahan itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi.

Sementara itu, ‪Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan