DUA ANGGOTA POLIS TRAFIK DIREMAN BANTU SIASATAN KES PERAS UGUT WARGA BANGLADESH

20/07/2024 07:45 PM

KANGAR, 20 Julai (Bernama) -- Dua anggota polis trafik ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.

Perintah terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat koperal itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan bahawa lelaki warga Bangladesh itu dipercayai dipukul serta diperas ugut oleh mereka dan nilai wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu ialah sebanyak RM700," katanya.

Beliau berkata polis masih menunggu laporan penuh perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Muhammad juga berkata pihaknya tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah.            

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan