LORI TANGKI BAWA MUATAN KIMIA TERBALIK DI KALABAKAN

21/07/2024 10:42 PM

KALABAKAN, 21 Julai (Bernama) -- Sebuah lori tangki 10 tan membawa muatan bahan kimia jenis ammonium nitra terbabas lalu terbalik di Jalan Kalabakan-Nabawan di sini pada petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata kejadian itu menyebabkan berlaku tumpahan kimia di atas jalan dan terdapat dua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam.

"Keadaan mangsa tidak diketahui. Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.05 petang dan tiba di lokasi sejauh 138 kilometer itu pada 5.35 petang.

"Pasukan bomba bertindak membersihkan  tumpahan bahan kimia itu menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba," katanya dalam kenyataan di sini hari ini 

Jemishin berkata operasi pembersihan bahan kimia tersebut yang melibatkan lapan anggota bomba Tawau dengan bantuan lima anggota daripada pasukan bomba sukarela Kalabakan ditamatkan pada 7.10 malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan