WANITA DITAHAN DISYAKI DERA ANAK TIRI

21/07/2024 10:53 PM

KOTA BHARU, 21 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita semalam kerana disyaki mendera anak lelaki tirinya berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Yik Perdana, Kok Lanas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata polis menerima laporan kejadian daripada bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an pada Khamis lepas.

Beliau berkata anak sulung berkenaan dipercayai didera sejak 10 Julai lepas semasa bapa mangsa berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

“Bapa mangsa hanya mengetahui anaknya didera ketika pulang ke rumah pada 12 Julai apabila melihat terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan dan mata kanak-kanak itu.

“Hasil siasatan mempercayai mangsa yang merupakan murid sebuah sekolah rendah di Kok Lanas telah dibawa ke bilik air dan suspek turut menghentakkan kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata selain itu, mangsa juga telah dikurung di dalam tandas hingga keesokan hari tanpa diberi makan dan minum. 

Wanita berkenaan, katanya direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan