MAQIS RAMPAS SARANG BURUNG RM8,000 CUBA DIBAWA KE DALAM NEGARA TANPA KEBENARAN

24/07/2024 11:08 AM

SEPANG, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas sarang burung bernilai RM8,000 yang cuba dibawa masuk ke dalam negara oleh seorang individu tanpa kebenaran, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 Khamis lepas.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata sarang burung seberat dua kilogram yang diletakkan dalam empat bungkusan itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekitar pukul 11.45 malam.

“Sarang burung tersebut disita oleh pihak MAQIS kerana tidak mempunyai permit import MAQIS yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbuatan mengimport sarang burung tanpa permit yang sah dari MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) , Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011(Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Mohd Sobri berkata pihak MAQIS akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia adalah bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan