MAYAT DIJUMPAI TERAPUNG DI SUNGAI JERTIH

24/07/2024 04:19 PM

JERTIH, 24 Julai (Bernama) -- Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat berkenaan pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.

“Mayat berpakaian lengkap dengan kain pelikat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan yang telah bengkak.

“Identiti mayat belum diketahui kerana polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

Abdul Rozak berkata mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan setakat ini pihaknya mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan