PESARA KERAJAAN RUGI LEBIH RM700,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’

25/07/2024 12:22 PM

TANGKAK, 25 Julai (Bernama) -- Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon. 

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram. 

Beliau berkata warga emas itu kemudiannya diminta untuk memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza yang diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan. 

“Bagaimanapun wanita itu menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya, dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan