Kadar Jenayah Meningkat Di Sibu

30/07/2024 04:26 PM

SIBU, 30 Julai (Bernama) -- Sibu merekodkan peningkatan kadar jenayah pada enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sebanyak 357 kes jenayah dilaporkan dengan kadar penyelesaian sebanyak 87.96 peratus atau 314 kes, manakala indeks jenayah meningkat sebanyak 74.15 peratus dengan 152 kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas. 

Sementara itu, statistik jenayah narkotik mencatatkan sebanyak 687 berbanding 621 tangkapan bagi tempoh sama 2023. 

"Jumlah rampasan dadah bernilai RM722,297 berbanding RM975,147 yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2023,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan IPD Sibu hari ini.

Jenayah komersial pula memperlihatkan peningkatan jumlah kerugian yang ketara dengan kerugian mencecah RM10,232,478.74 berbanding RM6,665,305 juta pada tahun lepas. 

Sejumlah 265 kertas siasatan dibuka bagi kes jenayah komersial menyaksikan 218 kes berjaya diselesaikan yang mewakili kadar penyelesaian sebanyak 82 peratus.

Beliau berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengeluarkan 31,259 saman dengan jumlah kompaun sebanyak RM567,320 dan 15 kes kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan