Polis Selamatkan Tiga Pembantu Rumah Tidak Dibayar Gaji

31/07/2024 09:31 PM

KUALA LUMPUR 31 Julai (Bernama) -- Polis menyelamatkan tiga pembantu rumah asing yang disyaki tidak dibayar gaji sejak enam bulan lepas dan menahan seorang majikan wanita dalam Op Pintas di Bandar Rimbayu di Kuala Langat, semalam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata operasi itu dilakukan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.  

"Dua pembantu rumah warga Indonesia dan seorang rakyat Nepal yang berusia dalam lingkungan umur 30 hingga 44 tahun itu diselamatkan di sebuah kediaman dua tingkat pada 11 malam.

"Polis turut menahan seorang wanita tempatan berusia 62 tahun yang juga majikan mangsa serta seorang wanita Indonesia berusia 37 tahun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dipercayai bekerja di rumah itu tanpa bayaran sementara menunggu mendapat pekerjaan di tempat lain. 

Siasatan awal mendapati suspek yang disyaki ejen pembantu rumah tidak berdaftar dan menjanjikan mangsa dengan gaji RM1,200 sebulan.

Beliau berkata suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bagi siasatan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan