11 Pekerja Asing Ditahan Dalam Ops Selera

21/08/2024 10:43 AM

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 11 pekerja asing dalam Ops Selera di medan selera di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya di sini, semalam.

Jabatan itu memaklumkan 27 pengendali makanan diperiksa sebelum 11 pekerja berusia 25 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas dengan bekerja di sektor berlainan daripada kelulusan yang diberikan.

Mereka terdiri daripada enam lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki Nepal serta seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia.

"Kesemua mereka ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 untuk siasatan lanjut dan tindakan jabatan," menurut JIM menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

JIM Pulau Pinang menyebut siasatan akan turut dijalankan ke atas pemilik perniagaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan