Kanak-kanak Lelaki Rentung, Rumah Terbakar Di Lahad Datu

22/08/2024 08:19 AM

LAHAD DATU, 22 Ogos (Bernama)-- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Telisai, Tungku di sini. malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata mayat Mohd Qalish Abdul Jumain itu ditemukan oleh anggota bomba di dalam bilik rumah terbabit.

"Panggilan kebakaran diterima pada 9.46 malam dan sepasukan 15 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar.

"Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran dengan bantuan Pasukan Bomba Sokongan Felda Sahabat.Tiga motosikal turut musnah," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Sumsoa operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.45 tengah malam, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan