BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 

Seorang Lagi Suspek Kes Tetak, Bunuh Direman Tujuh Hari

28/08/2024 02:51 PM

JASIN, 28 Ogso (Bernama) -- Suspek kelima kes tetak dan bunuh seorang lelaki di sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru pada Ahad lepas direman tujuh hari bermula hari ini hingga 3 Sept depan.

Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman berkenaan selepas suspek lelaki berusia 23 tahun itu ditahan semalam.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai gunting rambut di taman berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi dilaporkan berkata dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jasin.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 pada hari yang sama ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan manakala adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan