Pemandu Lori Miliki Diesel Tanpa Lesen Didenda RM26,000

16/10/2024 01:53 PM

IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Seorang pemandu lori dijatuhi denda RM26,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 4,996 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamaludin Ismail dalam kenyataan hari ini berkata Lam Wai Muan, 39, juga boleh dipenjara lapan bulan jika tidak membayar denda tersebut. 

Beliau berkata pemandu lori itu didapati bersalah kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara borong atau runcit tanpa lesen, di Kampar pada 11.15 malam 14 Nov 2023.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Ridzuan bin Abd Rahim, manakala Lam tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan