Dua Lelaki Ditahan Seludup Petrol, Miliki Senapang Angin Di Tanah Merah

16/10/2024 02:09 PM

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyeludup petrol selain memiliki senapang angin di sebuah rumah di Kampung Nibong, Tanah Merah, semalam.

Kedua-dua suspek berumur 44 dan 40 tahun itu turut disahkan positif dadah jenis metamfetamina. 

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi Bernama berkata hasil serbuan polis di rumah suspek menemukan dua laras senapang angin bersama 150 biji guli.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kedua-dua lelaki itu juga menjadi penghantar untuk menyeludup bahan api ke negara jiran.

"Polis turut merampas tiga unit telefon bimbit, 210 liter minyak petrol dan alat penimbang manakala nilai rampasan dianggarkan RM8,065 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960, Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. 

  “Kesemua rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya dan PGA akan terus mempergiat usaha mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan