Polis Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM130,000 Di Pengkalan Chepa

16/10/2024 04:21 PM

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok putih dan kretek dianggarkan bernilai RM133,870 di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi pada 9.25 malam itu menemukan lebih 112,000 batang rokok putih bernilai RM123,222 dan lebih 8,800 rokok kretek bernilai RM10,648.

“Suspek yang berumur 43 tahun itu dipercayai menjadi pengedar rokok untuk pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Ros Azhan berkata kesemua barang rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan