Polis Siasat Dakwaan Anggota Peras Ugut Warga Arab Di Lebuhraya PLUS

19/11/2024 08:08 PM

REMBAU, 19 Nov (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata laporan polis mengenai kejadian tersebut diterimanya semalam.

"Kejadian berlaku semasa pengadu yang berusia 50 tahun sedang memandu kenderaannya di Lebuhraya PLUS arah utara dalam daerah Rembau sebelum ditahan oleh polis berkenaan.

"Lelaki itu mendakwa telah diperas ugut oleh beberapa pegawai polis dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini 

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap individu dalam pasukannya didapati melakukan kesalahan undang-undang yang boleh mencalarkan imej polis. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan