Warga Emas Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman

01/12/2024 11:03 AM

KULAI, 1 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya di Taman Bahagia, Senai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam, kira-kira 11.42 pagi. 

“Lelaki tempatan berusia 67 tahun itu tinggal berseorangan di rumah tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badannya mendapati ada kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.

“Tiada barangan hilang dari rumah mangsa dan kita masih menyiasat motif dan punca kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di talian 07-6632222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan