KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata kejadian itu berlaku pada 6.30 petang dan laporan mengenainya dibuat seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.
“Semasa pengadu berada di tempat kerja, pengadu telah menerima pesakit seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang (18 Dis),” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Anbalagan berkata kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan pihaknya masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar berhubung kejadian yang boleh mengganggu proses siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial