Polis Buru Dua Suspek Terlibat Jenayah Samun Bersenjata Di Muar

19/12/2024 08:30 AM

MUAR, 19 Dis (Bernama) -- Polis giat memburu dua lelaki terlibat dalam kejadian kes samun bersenjata yang berlaku di Taman Sri Treh, di sini, pada kira-kira pukul 6.20 petang, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri.

Katanya semalam, polis berjaya menemukan kenderaan yang digunakan suspek yang ditinggalkan di Jasin, Melaka. Pihak polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada Insp P S Seventhi di talian 011-1625 1909 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-952 6001 bagi membantu siasatan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan