PGA Rampas Kosmetik Thailand Bernilai Lebih RM100,000

30/12/2024 08:51 PM

KOTA BHARU, 30 Dis (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik dari Thailand dianggarkan bernilai RM102,800 dalam serbuan di sebuah stor pangkalan haram Syed Mior, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan  dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA pada 10.30 pagi semasa membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam stor terbabit anggota menemukan kotak mengandungi pelbagai jenis produk kosmetik tanpa dokumen yang sah dan dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 dan hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

"PGA akan terus mengiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan