SHAH ALAM, 5 Feb (Bernama) -- Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit pada 5.56 pagi.
“Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.
"Pencarian oleh unit PPDA akhirnya menemukan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial