Reman Pasangan Suami Isteri Disyaki Dalang Sindiket Dadah Dilanjutkan

20/06/2025 07:09 PM

SIBU, 20 Jun (Bernama) -- Mahkamah Majistret Sibu hari ini membenarkan reman pasangan suami isteri yang ditahan baru-baru ini kerana dipercayai mendalangi sindiket pengedaran dadah di sekitar Sibu, dilanjutkan.

Majistret Oon Kork Chern membenarkan suspek lelaki berusia 52 tahun direman tujuh hari, manakala isterinya, 44, direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah direman tujuh hari dan berakhir hari ini.

Permohonan reman lanjutan itu dikemukakan Pegawai Penyiasat Polis Insp Aminur Rizwan Saiful Bahari.

Pada 16 Jun, polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar bandar Sibu dengan rampasan dadah pelbagai jenis dan sitaan harta yang keseluruhannya bernilai lebih RM8.5 juta dalam serbuan di tiga lokasi pada 12 dan 13 Jun.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan