JBPM Giat Kawal Kebakaran Di Tapak Pelupusan Haram Di Rawang

30/07/2025 02:14 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kebakaran di kawasan seluas 1.64 hektar di tapak pelupusan sampah haram di Rawang yang mula dikesan sejak Ahad lepas memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor giat melakukan operasi pemadaman selama 20 jam sehari bagi mengawal kebakaran.

Penolong Pengarah JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata setakat ini kira-kira 50 peratus kawasan terjejas telah dipadamkan dengan menggunakan kaedah pemadaman secara direct attack bagi menyekat api daripada terus merebak ke kawasan berdekatan.

“Operasi turut dibantu dengan penggunaan jentera berat seperti excavator bagi menggali dan memadam sisa kebakaran serta memusnahkan akar yang masih berbara,” kata dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata beberapa tompokan panas turut dikesan di lokasi berbeza sekitar kawasan yang terjejas dan usaha pemadaman masih diteruskan.

“Penggunaan dron yang dilengkapi dengan pengesanan inframerah turut digunakan bagi mengenal pasti tompokan panas di lokasi tersebut dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan