PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara India ditahan kerana cuba menyeludup keluar lebih 2,500 kura-kura bernilai kira-kira RM348,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) pada Selasa lepas.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek yang dijadualkan menaiki penerbangan ke Bengaluru, India, ditahan pada 10.05 malam di pintu pelepasan selepas imbasan ke atas beg yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan.
"Pemeriksaan lanjut menemui ribuan kura-kura spesies Red-eared Slider yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut," menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS, kesemua hidupan liar tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial