MUAR, 17 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja berusia 17 tahun antara lima ditahan kerana berlumba motosikal dan melakukan aksi berbahaya kepada pengguna jalan raya di Jalan Pintasan Temenggung Ahmad, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kesemua lelaki berusia antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan pada 3.55 pagi menerusi Operasi Samseng Jalanan.
"Mereka didapati turut melakukan aksi ala ‘Superman’ dan zigzag di sepanjang Jalan Pintasan Haji Kosai hingga ke Jalan Pintasan Temenggung Ahmad,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial