BERITA COVID–19   COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | Tambak Johor yang suram akibat COVID-19 perlahan-lahan sedang 'dirancakkan' | 
EKONOMI

Pendirian pro-perniagaan Malaysia tarik lebih banyak syarikat Perancis

30/06/2021 07:01 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun  -- Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan kegemaran di Asia Tenggara untuk syarikat asing, kata Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia (CCIFM) Datuk Zainal Amanshah.

Beliau berkata pendirian pro-perniagaan oleh pemimpin negara dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyaksikan pelaksanaan dasar dan insentif bagi memudahkan pelaburan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang menarik.

“Selain dari sambutan hangat dan berada di tengah-tengah pasaran 600 juta orang, Malaysia merupakan antara kalangan negara yang keseluruhan terbaik daripada banyak petunjuk yang anda perlukan untuk yakin menubuhkan perniagaan anda.

“Pelabur Perancis seperti kebanyakan pelabur, mereka memerlukan kestabilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CCIFM berkata sejak penubuhannya pada 1991, keanggotaannya telah meningkat daripada 19 ahli pengasas kepada lebih 300 syarikat anggota merentasi semua industri dan sektor perkhidmatan hari ini, sambil menambah ia telah menyokong beratus-ratus syarikat Perancis dan Malaysia dalam membangunkan perniagaan mereka di kedua-dua negara.

“Terdapat kira-kira 500 entiti sah di sisi undang-undang yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan Perancis, menggaji lebih daripada 30,000 orang dengan jumlah perolehan sebanyak 5 bilion euro (1 euro = RM4.94),” katanya.

Sementara itu, Presiden CCIFM Gilles Waeldin berkata kebanyakan syarikat Perancis yang telah menjejakkan kaki di Malaysia terus kekal di sini dan mengembangkan perniagaan mereka sejak 30 tahun lalu.

Menurut MIDA,126 projek pembuatan dengan penyertaan Perancis bernilai RM4.36 bilion telah dilaksanakan di dalam negara, mewujudkan hampir 11,000 pekerjaan tempatan sejak 40 tahun lalu.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan