AM

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI TASIK GUBIR DEKAT SIK

02/01/2023 09:33 PM

SIK, 2 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an dikhuatiri lemas di Tasik Gubir dekat sini pada petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.57 petang, yang kemudian terus menggerakkan anggotanya ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Pusat Gerakan Operasi Kedah terima panggilan kecemasan mangsa lemas melalui MERS 999 dan jentera-jentera serta bot dengan kekuatan lima anggota bersama pegawai, telah digerakkan ke lokasi kejadian di Tasik Gubir.

“Jarak lokasi dari balai kita ialah 43 kilometer...Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata berdasarkan maklumat awal diperoleh kemungkinan mangsa ke Tasik Gubir untuk memancing.

“Siasatan masih dijalankan dan operasi mencari dan menyelamat akan bersambung esok,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan