EKONOMI

CBP, PR1MA JALIN KERJASAMA BANTU GOLONGAN PERTENGAHAN MILIKI KEDIAMAN SENDIRI

29/01/2023 01:08 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA untuk membantu golongan pertengahan memiliki kediaman sendiri di seluruh negara. 

Menerusi skim tersebut pembeli rumah PR1MA boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk pembiayaan perumahan, kos guaman dan takaful  daripada CBP di seluruh negara.

Ketua pegawai eksekutifnya Khairul Anuar Mohammad Anuar berkata, selain itu, pembeli rumah PR1MA juga tidak perlu membayar wang pendahuluan selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

"Kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif sama seperti institusi kewangan lain di pasaran.

"Antara kelebihan jika orang ramai mendapatkan pembiayaan di CBP adalah pembiayaan sehingga 110 peratus yang dapat memberi perlindungan risiko komprehensif yang amat bermanfaat terutama kepada pembeli rumah kali pertama," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Khairul Anuar berkata, CBP turut menawarkan pelbagai jenis pembiayaan perumahan termasuk Pembiayaan Al-Amali (rumah dan lot kedai), Pembiayaan Ar- Rahah (pembiayaan tanah) dan juga CBP Rumah Pertamaku. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dan produk serta perkhidmatan perbankan lain, boleh layari www.cbp.com.my atau kunjungi 29 cawangan CBP di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan