AM

TEMU ANWAR DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN AHAD INI

16/06/2023 04:09 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan  sesi Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ahad ini.

Anwar menerusi catatan di Facebook beliau mengajak rakyat negeri itu khususnya anak muda, menyertai serta bertanya soalan pada sesi berkenaan.

“Peserta bebas melontarkan apa juga soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman http://temuanwar.com.

Temu Anwar adalah program dialog anak muda bersiri yang dilaksanakan sejak 2009, bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda mengutarakan persoalan secara langsung kepada pemimpin itu.

Sejak dilantik Perdana Menteri pada November lepas, Temu Anwar telah diadakan di beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan