AM

PM JEMPUT WARGA NEGERI SEMBILAN KE SESI TEMU ANWAR DI USIM SABTU INI

22/06/2023 02:22 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Negeri Sembilan untuk ikut serta dalam sesi Temu Anwar pada Sabtu ini (24 Jun), di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter hari ini berkata pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

“Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni, bagi meraikan perbezaan serta pandangan.

“Kita jumpa Sabtu ini!,” kata Anwar.

Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi catatan itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada Sabtu ini, 1.30 petang di Dewan Tuanku Canselor USIM.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan