AM

Wartawan Bernama Rangkul Anugerah Khas Inovasi Media Isn-sam 

29/11/2023 12:42 AM

PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Laporan khas bertajuk 'Waspada Bom Jangka Ketika Bersukan’ membawa tuah kepada wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Zulkarnain Mohd Azman pada Anugerah Inovasi Teknologi Sukan Kebangsaan 2023 di sini malam ini.

Muhammad Zulkarnain dinobat sebagai pemenang Anugerah Khas Inovasi Media ISN-SAM bagi kategori Penulisan selepas menewaskan dua lagi pencabar melalui penyertaan pertamanya.

“Saya sebenarnya tak sangka berjaya memenangi anugerah ini kerana pesaing lain cukup hebat. Saya dedikasikan kemenangan ini kepada ibu bapa saya, editor dan kawan-kawan yang banyak membantu dalam penghasilan berita ini,” katanya.

Beliau berkata laporan khas itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya aktiviti bersukan sekiranya dilakukan dengan cara yang salah.

Muhammad Zulkarnain menerima wang tunai RM1,000 dan sebuah trofi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Ahmad Faedzal Md Ramli.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan