AM

Tiada Cuti Peristiwa Di Terengganu Esok - Ahmad Samsuri

09/12/2023 07:24 PM

KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) -- Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan cuti peristiwa di negeri itu esok seperti tular di media sosial.

Beliau berkata poster mengenai dakwaan cuti peristiwa yang tular tersebut adalah palsu dan ia merupakan poster lama yang telah disunting.

“Berlegar-legar poster lama yang diedit (disunting) tentang cuti peristiwa pada esok, Ahad 10 Disember 2023. 

“Untuk makluman, tiada cuti peristiwa diumumkan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Hari ini tular di laman sosial sebuah poster yang mendakwa kononnya kerajaan negeri mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa selepas Terengganu FC berjaya melangkah ke final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam.

 -- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan