AM

Padam Atau Jangan Sebar Video Insiden Taman Pelangi Semenyih 2 -- Mcmc

23/02/2024 10:26 AM

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai memadamkan atau tidak menyebarkan video yang menunjukkan kekerasan terhadap seorang lelaki terlibat kemalangan di Taman Pelangi  Semenyih 2, Kajang, baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata sebarang perkongsian yang melibatkan video atau kandungan melibatkan mangsa serta pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Perkongsian rakaman video itu tidak hanya mengguris perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip dan etika asas dengan pengunaan grafik berkaitan kecelakaan, kemalangan dan kekerasan yang boleh menimbulkan kegelisahan penonton,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya setiap individu perlu mempertimbangkan sewajarnya untuk tidak menyebarkan video atau kandungan yang berkaitan dengan insiden itu.

Sebagai garis panduan berkenaan penciptaan kandungan, rujukan boleh dibuat melalui Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai diikat dan dipukul susulan kemalangan dengan pengantar makanan dalam satu kejadian pada malam Rabu lepas, dan video kejadian itu menjadi tular di media sosial. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan