JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Sedang Kesan Suspek Lakukan Khianat Papan Tanda Tahun Baharu Cina

23/02/2024 09:30 PM

GEORGE TOWN, 23 Feb (Bernama) -- Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian melakukan khianat membabitkan beberapa papan tanda ucapan Tahun Baharu Cina yang memaparkan wajah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah diconteng menggunakan cat hitam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata pihaknya membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat.

"Ya, saya sahkan ada menerima laporan polis oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bukit Bendera di Balai Polis Pulau Tikus hari ini berhubung kejadian beberapa papan tanda Tahun Baharu Cina telah diconteng cat hitam.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan suspek yang melakukan perkara tersebut dan kita buka kertas siasatan di bawaH Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu DAPSY Bukit Bendera memaklumkan pihaknya membuat laporan polis hari ini selepas papan tanda yang diconteng itu dikesan di beberapa kawasan iaitu Jalan Burma, Jalan Kelawei, Lebuhraya Maktab dan kawasan sekitar sejak semalam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan