AM

Metmalaysia Ramal Hujan Di Kuala Selangor Hari Ini

24/02/2024 01:27 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Hujan berserta ribut petir diramalkan berlaku petang ini, manakala hujan pada sebelah malam di kawasan Kompleks Sukan Kuala Selangor yang merupakan venue penganjuran Program MADANI Rakyat Zon Tengah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas di laman Facebook memaklumkan cuaca esok diramalkan mendung pada pagi manakala cuaca baik pada sebelah petang hingga malam.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung tiga hari hingga esok adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan