AM

Anugerah Fotografi Dasar Laut Sultan Mizan Dijangka Tarik 1,000 Penyertaan

25/02/2024 06:41 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) -- Lebih 1,000 peserta dijangka menyertai  pertandingan Anugerah Fotografi Dasar Laut Sultan Mizan 2024 bermula 1 Mac hingga 31 Okt ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata tiada yuran penyertaan dikenakan untuk pertandingan tersebut dan ia  terbuka kepada semua individu termasuk rakyat Terengganu, pelancong tempatan dan luar.

"Bagaimanapun setiap peserta perlu mengemukakan bukti bayaran penginapan hotel, resort atau pusat selam di Terengganu. Pertandingan ini dijadikan sebagai acara tahunan bagi mempromosi keindahan pantai dan khazanah bawah laut,” katanya pada majlis pelancaran anugerah tersebut di sini hari ini.

Semantara itu, katanya, tahun lepas sebanyak 330,528 pelancong mengunjungi tujuh pulau iaitu Pulau Redang; Pulau Perhentian; Pulau Tenggol; Pulau Lang Tengah; Pulau Gemia; Pulau Kapas dan Pulau Bidong.

Menurutnya, Terenggau menerima kedatangan 3.6 juta pelancong tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 4.5 juta orang pada tahun ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan