AM

D Asia Travel Buka Cawangan Di Kerala, Mudahkan Pelancong Malaysia, Singapura

26/07/2024 09:49 AM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- D Asia Travel Sdn Bhd (D Asia Travel) membuka pejabat cawangan India iaitu Asian Trails Pvt Ltd di Alappuzha, Kerala, satu langkah strategik yang bertujuan meningkatkan kemudahan perjalanan untuk pelancong dari Malaysia dan Singapura.

Pengurus agensi pelancongan itu Muhammad Arsyad Abdullah berkata langkah peluasan itu memberi kemudahan bagi tempahan pakej di seluruh India, sekali gus dapat menghapuskan pengantara dan melancarkan proses perjalanan.

"D Asia Travel komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami sejak 14 tahun lepas. Kami melayan setiap pelanggan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab bagi mewujudkan hubungan kukuh kerana mereka mempunyai keyakinan tinggi terhadap kami," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Asian Trails India, anak syarikat D Asia Travel, menangani isu seperti mengelakkan penipuan, meminimumkan kenaikan harga orang tengah dan memudahkan tempahan melalui WhatsApp.

Muhammad Arsyad berkata agensi itu turut melaksanakan pemeriksaan menyeluruh di hotel bagi memastikan kebersihan premis terbabit, menguruskan kebimbangan mengenai tingkah laku pemandu dan menyediakan jadual perjalanan yang meliputi lebih banyak destinasi berbanding pakej standard.

Agensi itu juga katanya, menawarkan pakej lima hari empat malam di Kerala bermula pada harga RM1,099 seorang yang sah hingga September tahun ini, selain pakej bulan madu dengan kadar istimewa sebanyak RM2,499 untuk lima hari empat malam.

"Bagi individu yang ingin bersantai atau keluarga yang merancang lawatan peribadi, Asian Trails India menyediakan pakej tersendiri seperti Pakej Bulan Madu Kerala dan Pakej Pelancongan Peribadi Keluarga Kerala yang bermula RM999 bagi setiap kumpulan minimum empat orang.

"Dengan kenderaan persendirian dan pemandu berdedikasi bagi keseluruhan perjalanan, pakej berkenaan khusus untuk pasangan dan keluarga yang ingin meneroka keindahan Kerala dengan cara tersendiri dan selamat," katanya dan menambah agensi itu menyasarkan untuk meliputi pasaran Muslim kerana 26 peratus penduduk Kerala beragama Islam.

Maklumat lanjut, sila layari https://www.dasiatravels.com/ atau tempahan terus di Asian Trails India menerusi https://www.asiantrailsindia.com/ atau hubungi info@asiantrailsindia.com melalui WhatsApp +918593818585.

Bagi Pakej Keluarga Kerala, layari https://www.asiantrailsindia.com/kerala-family-private-tour-packages dan maklumat mengenai Pakej Bulan Madu Kerala pula boleh diperoleh menerusi https://www.asiantrailsindia.com/kerala-honeymoon-packages.

Kerala, dikenali sebagai Negara Milik Tuhan, terkenal dengan keindahan semula jadi dan makanan yang bersih, kehijauan persekitaran dan pantai yang indah.

Daripada landskap Munnar dan Thekkady yang mempesonakan, ke Pantai Varkala yang tenang dan air terjun Athirapally yang mengagumkan, Kerala menawarkan pelbagai pengalaman yang dekat dengan alam semula jadi.

-- BERNAMA

Penafian: Ini ialah artikel advertorial berbayar. Bernama tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel berkenaan.

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan