AM

4,103 PEMINJAM TEKUN DI BEAUFORT, SALUR PEMBIAYAAN LEBIH 43 JUTA - EWON

06/04/2024 05:55 PM

BEAUFORT, 6 April (Bernama) -- Seramai 4,103 peminjamTabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional direkodkan di di daerah ini sejak pejabat agensi berkenaan itu beroperasi pada 1998 dengan nilai pembiayaan sebanyak RM43.028 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu, 2,908 orang adalah pembiayaan pertama dan selebihnya pembiayaan ulangan iaitu 2,613 orang peminjam adalah usahawan wanita dan 1,490 usahawan lelaki.

“TEKUN juga telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM1.226 juta kepada 59 usahawan dari Januari hingga April tahun ini iaitu 21 orang adalah pembiayaan pertama dan selebihnya pembiayaan ulangan,” katanya dalam kenyataan selepas program menyantuni usahawan TEKUN di sini hari ini.

Pada masa yang sama Ewon berkata kementeriannya sedang menjejaki usahawan TEKUN Membakut dan seterusnya mengenal pasti cadangan premis pejabat cawangan baharu TEKUN di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kesemua usahawan yang ditemui menyambut baik perancangan kementerian untuk mewujudkan pejabat TEKUN di kawasan itu.

“Saya berharap pengwujudan pejabat Tekun di Membakut akan memudahkan usahawan dan bakal usahawan berurusan dan seterusnya menarik lebih ramai mendapatkan perkhidmatan daripada TEKUN.

“Setakat ini TEKUN Nasional mempunyai 25 cawangan penuh di seluruh Sabah termasuk mini pejabat di Pitas dengan bilangan pegawai dan petugas seramai 117 orang,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan